Sunday, July 12, 2020


🌸When Petals Bloom TV2 春花灿烂🌸

Terbitan : Malaysia

Bahasa : Mandarin (Malaysia)

Masa : Isnin, Selasa 11AM TV2📺

Ada lima orang wanita yang pernah kawan baik sewaktu zaman persekolahan👩🏻🧑🏻👩🏻‍🦱💁🏻‍♀️🤰🏻. Selepas berpisah lama, mereka berjumpa lagi. Namun, setiap orang ada pengalaman dan cabaran hidup masing-masing.

1️⃣SU LI MING – Li Ming merupakan seorang wanita kerjaya yang Berjaya, memegang jawatan Manager tinggi dalam sebuah syarikat. Satu hari, Li Ming terhantuk, dan tiba-tiba mempunyai kuasa ajaib – dia dapat “mendengar” apa yang difikirkan orang di sekelilingnya! Dia telah mencari doctor, tapi doctor 👨🏻‍⚕️tak dapat mengesan kuasa supernatural.

Kerjaya Li Ming menghadapi cabaran apabila anak lelaki kepada pemilik syarikat datang bekerja, dan ingin menyingkirkan Li Ming daripada kedudukan manager.

Relationship Li Ming tidak baik.💔 Li Ming curi-curi skandal dengan menantu pemilik syarikat. Sampai bila mereka meneruskan hubungan sulit?

2️⃣Yang LU YI – Lu Yi sebenarnya orang miskin, tinggal di flat, dan hutang duit dengan samseng. Lu Yi hutang AhLong kerana dia ditipu oleh bekas boyfriend yang memperalatkan Lu Yi untuk pinjam duit dengan Ah Long.💔 Namun, Lu Yi sangat sombong, dan selalu berpura-pura menjadi orang kaya supaya tidak dihina oleh kawan-kawannya.

Lu Yi sekarang mengusahakan sebuah Bar🍹🍸🥃🍷. Sekarang lima orang kawan suka berjumpa di situ. Seorang bartender suka pada Lu Yi secara diam-diam. Lu Yi benci kepada Li Ming kerana Li Ming enggan pinjam duit kepadanya pada suatu ketika.

Relationship Lu Yi pun tidak baik – dia ditipu oleh playboy yang kikis duit perempuan.💸

3️⃣Ma Cai Hua – Seorang wanita Berjaya dalam kerjaya. Hidup dia kurang gembira, dia tak ada pasangan, justeru dibelenggu kesunyian😔. Cai Hua selalu tidak membenarkan orang bawahannya mengambil cuti untuk dating dengan boyfriend. Cai Hua juga tidak gembira apabila orang bawahannya berbincang pasal perkahwinan dalam pejabat.

Selepas memberanikan diri, Cai Hua pergi ke Matchmaking service untuk mencuba nasib. Cai Hua terjumpa Lu Yi di sana.

4️⃣Shi Hai Wei – seorang penulis. Sudah berpisah kerana suaminya ada perempuan lain👩👧. Namun, anaknya👧🏻 yang sekolah rendah selalu marah Hai Wei. Anaknya menyalahkan ibunya.

5️⃣Liu Xi Zhi (Zhi Zhi) – Walaupun hidup miskin dan masih menunggang motorsikal, Zhi Zhi hidup bahagia dengan suaminya dan hamil.🤰🏻 Ini kali pertama hamil walaupun sudah berkahwin 10 tahun


Apakah akan terjadi kepada kelima-lima watak ? Saksikan di TV2 setiap Isnin, Selasa!📺