《𝗧𝗮𝗸 𝗦𝗲𝗺𝗽𝘂𝗿𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮𝗶𝗺𝘂》
Cerita ini agak mengelirunkan一头雾水🥴, tetapi selepas menonton sehingga episode ke-10, semua akan menjadi jelas. Keadaan bertambah rumit kerana saya ketinggalan 2 episode di hujung minggu! Saya tidak sedar bahawa episode juga disiarkan pada hari Sabu dan Ahad.😂
Jadi saya tidak faham jalan cerita pada hari Isnin pertama. Nasib ada WeTV.
Pada mula-mula, saya keliru apabila melihat kenapa Melissa tinggal bersama bapa Taqim寄人篱下? Rupa-rupanya Melissa itu berkahwin dengan bapa Taqim pula.老牛吃嫩草
Persoalan kenapa Taqim bergaduh dengan bapanya离家出走, kenapa Mellisa berkahwin dengan bapa Taqim menjadi jelas selepas episode ke-10.
Sejak zaman kolej, Melissa suka Taqim (watak utama), tetapi Taqim tak pernah ada perasaan terhadap Melissa. Maka, Melissa menjadi gila💔. Melissa berpura-pura berkenalan dengan bapa Taqim dengan mencuri dompet Bapa Taqim👨🏼🦳, dan kembalikannya. Melissa akhirnya berjaya berkahwin dengan Bapa Taqim, supaya dapat selalu dapat melihat Taqim.
Perbuatan Melissa ini sebenarnya kerana dendam. Taqim tidak dapat terima Melissa menjadi ibu tiri, maka keluar rumah.
Sirat (watak utama wanita drama) gadis kampong yang mula-mula bekerja di restoren 🍽️☕keluarga Epul.
Epul seorang lelaki yang saya tidak faham bahasanya. Epul ada seorang kakak dan ibu yang membuka sebuah restoren.
Saya pelik 莫名其妙kenapa mereka satu keluarga, duduk sama-sama,🏡, tetapi Epul bercakap bahasa berlainan dengan keluarganya? Saya boleh faham bahasa Ibu dan kakak Epul.
Epul suka Sirat, tetapi Sirat tidak suka Epul. Mereka berkenalan dari kanak-kanak lagi.
Oleh kerana Sirat pandai masak😋, maka sewaktu Sirat bekerja dengan keluarga Epul, perniagaan bagus. Tetapi Sirat berhenti kerja, dan buka gerai jual kueh di tepi jalan di tepi bukit. Semenjak itu, perniagaan restoren keluarga Epul semakin merosot 📉kerana perniagaannya telah mengalir ke gerai Sirat. Ibu dan kakak Epul marah, dan pergi serang gerai Sirat.
Taqim dan Sirat berkenalan apabila motorsikal adik Sirat accident dengan Taqim. Mula-mula Taqim dan Sirat selalu bergaduh, akhirnya bercinta. Saya macam tak pernah melihat babak seperti ini dalam filem Hollywood.
Sirat tahu Taqim bermusuhan dengan Taqim, maka menyeru Taqim memaafkan bapanya. Taqim ikut arahan, kerana memang banyak lelaki species takut girlfriend.
Taqim memaafkan bapanya, dan mereka berbaik和好如初,血浓于水。
Kyle pula suka Melissa, tetapi tidak dapat. Suami Melissa (bapa Taqim) satu hari mati kerana sakit, mungkin kerana mendengan Melissa melafazkan cinta kepada Taqim.
Melissa memandu kereta melanggar Sirat pada hari perkahwinan. Apabila di Sirat koma di hospital, saya ingat akan menjadi cerita hilang memori (seperti Lelaki Itu Pemilik Hatiku atau Fantamorgana Cinta). Tetapi rupa-rupanya Sirat tercedera di kaki sahaja.
Melissa berkomplot dengan Epul.
Epul keluarkan Sirat dari hospital dan menghantar Sirat kepada Melissa. Melissa mendera Sirat. Selepas bertungkus-lumus mencari, akhirnya jumpa. Melissa mengugut Taqim untuk pergi luar Negara dengannya, kalau tidak, Melissa mahu membunuh Sirat. Melissa masuk penjara .
Apa akan berlaku?
Saksikan di TV3 7pm📺 setiap hari TERMASUK SABTU DAN AHAD!❗
Saya teka apa berlaku seterusnya.
Taqim akan bersama dengan Sirat pada akhirnya
Epul suka dengan Melissa, dan berebut dengan Kyle.
Melissa prison break dan mahu membalas dendam
Ada keluarga datuk/tan sri kaya-raya ✅ ya, yang muka macam KFC itu, bapa Taqim
Ada orang cemburu, marah dan gaduh tak berhenti-henti ❌ Taqim dan Sirat mula-mula bergaduh, tetapi kerana kemalangan motorsikal adik Sirat, bukan cemburu
Ibu bapa x suka menantu ❌ semua suka
Watak laki pakai kereta besar atau import✅ Taqim ada dua kereta besar import! Satu warna putih (tak tahu apa model/jenama), dan satu Mercedes berwarna kuning-Bumblebee
Cerita rampas suami✅
watak wanita berasal dari kampung✅ Sirat
Watak wanita ada bff yg bergelaran "beb" ❌ Sirat macam tiada kawan rapat wanita, Cuma ada Epul sahaja
Banyak perempuan suka leading actor ✅ Sirat dan Melissa
Ada lelaki dan perempuan berkomplot untuk memisahkan pasangan watak utama✅ Epul bekerjasama dengan Melissa
Muzik terlalu kuat sehingga saya tidak dapat mendengar pertuturan✅ terutamanya waktu lagu OST dimainkan, saya meninggikan volume TV kuat-kuat 🎚️ pun tak guna, kerana muzik dan lagu OST pun turut menjadi kuat.
Iklan istimewa❌ Tiada
Sorry panjang tulis 长篇大论。saya cuba pendekkan .