《World's Greatest Dad》
Dari China, Bahasa Mandarin
Remake daripada filem 《World's Greatest Dad》 yang dibintangi Robin Williams pada 2009.
Seorang guru, sedang melalui midlife-crisis yang menghadapi kegagalan alam hidup. Dia sebenarnya seorang penulis novel yang hebat, dia sentiasa menghantar karyanya ke syarikat penerbit buku, namun selalu sahaja tidak berjaya tetapi harapannya tetap utuh.
[spoiler alert bermula]
Dia ada seorang anak lelaki remaja, dan anaknya itu bodoh.
Anak bodoh remaja itu jatuh cinta
pada seorang classmate perempuan. Satu hari, anak bodoh itu panjat bangunan tinggi-tinggi untuk mengintip perempuan idamannya. Malangnya, anak bodoh silap langkap, jatuh dari tempat tinggi dan maenjadi koma.
Guru itu mahu menjaga reputasi anaknya, maka guru itu bermula menipu. Kemudian, guru itu menggunakan nama anak bodoh yang sedang koma itu untuk menerbit buku.
Tidak disangka, buku itu berjaya meletup di pasaran. Buku itu menjadi best-seller, dan mendapat anugerah.
Sebelum ini, guru ini tidak dihormati di sekolah oleh guru lain dan murid, maka dia menekur. Selepas berjaya, orang ramai berbondong-bondong mencari dia, menyanjung tinggi dia, guru itu tiba-tiba menjadi besar kepala dan hilang arah hidup.
Namun, penipuannya tidak dapat dibendung dan akhirnya kebenaran timbul... Saksikanlah kerana takut spoiler.
[spoiler alert berakhir]
Saya rasa filem ini sangat best, dan saya syorkan kepada orang lain. Cerita senang faham, ada character development, dan boleh membangkitkan emosi penonton, tiada babak yang membuang masa. Jalan cerita best, lakonannya best. Watak yang nampak remeh-temeh seperti security guard dan selebriti internet Wanita muda pun ada kaitan dengan jalan cerita.
Namun, saya agak hairan kenapa filem ini mendapat rating yang kurang baik.
IMDB 6.1/10
MyDramaList 6.7/10
Douban 6.5/10
Maoyan 8.5/10
Adakah rating rendah kerana:
- kerana filem ini sebuah filem remake?
2. kfilem ini salah dari segi moral, kerana watak remaja bodoh yang mengintip perempuan boleh menjadi hero dan idola?
Selain itu, filem ini gagal dalam box-office. Saya pun terkejut. Mungkin filem ini ditayangkan pada masa yang tidak sesuai dan menghadap persaingan?
Perbandingan dengan filem asal Robin Williams:
Saya berpendapat filem remake China ini jauh lebih bagus dari pelbagai segi.
Bagaimana saya mengetahui filem ini :
Akhbar Sinchew Daily memperkenalkan filem ini pada 29-November-2023. Sinchew setiap rabu akan memperkenalan filem-filem baru di pawagam. Pada minggu itu, Sinchew memperkenalkan:
《Silent Night》Filem John Woo 5.3 IMDB
《Ready O/R Rot》 Filem Hong Kong. Saya rasa teruk filem ini. 6.6 IMDB? Agak mengarut kerana ratingnya begitu tinggi.
《The Bridge Curse: Ritual》 Filem Taiwan. OK lah 5.3 IMDB
《Napolean》Filem sejarah Perancis dibintangi Joaquin Phoenix (Joker) 6.3 IMDB
《Thanksgiving》filem "slasher" dan "Splatter" yang banyak babak ganas dan darah. 6.2 IMDB


