Saturday, April 4, 2020

《Hitman : Agent Jun🔫》

Hitman : Agent Jun🔫

Terbitan : Korea🇰🇷
Kisah tentang seorang agent spy Korea Selatan yang sangat handal berkungfu🤼‍♂️, macam tiada tandingan seperti Ip Man atau John Wick. Spy tersebut bercita-cita menjadi seorang pelukis komik 👨🏻‍🎨dari budak lagi. Agent spy perlu menghadapi cabaran hidup yang kos sara hidup tinggi 💸(jika miskin, semua barang jadi mahallah, ataupun sebaliknya)
Apa akan terjadi? Saksikan di pawagam📽️ berdekatan anda.
Lakonan : Kwon Sang Woo 权相佑, Jeong Joon Ho 鄭俊鎬
Genre : Action (ada berkungfu), Komedi, Keluarga
Jalan cerita bagus, lakonan bagus (saya suka lakonan budak perempuan yang menyentuh hati). Lawak, sangat menghiburkan!
Pembentukan Watak pun bagus. Bukan sahaja watak utama, watak sampingan yang bagus turut menghiburkan filem ini. Cinematography pun bermutu.
Watak sampingan kegemaran saya ialah berikut :
🤣boss komik,
🤣boss di construction site🤣Boss kepada agency spy Korea Selatan
🤣Two-Face

Babak-babak yang saya minati :
1. Waktu kereta U-Turn↪️
2. Waktu isterinya di atas kereta
3. Waktu anaknya mencerikan bapanya😭
4. Waktu Agent Jun berjalan ke arah boss di construction site👷🏾‍♂️
5. Waktu manusia tidak takut bullet kerana kasih sayang kekeluargaan❤👨👩👧
Selepas menonton, saya seolah-olah faham asal-usul watak jahat Batman, iaitu Two-Face
Pada pendapat saya, filem ini lebih baik berbanding dengan filem Korea yang saya tonton sebelum ini, iaitu Ashfall.

No comments:

Post a Comment