Republic 理想国
Tahun : 2019
Terbitan Viu TV (Hong Kong)
Konsep seperti Black Mirror dalam bahasa Kantonis. Cuma bezanya
Republic tiada CGI canggih Hollywood. Drama ini sangat unik untuk kategori
drama siri Hong Kong (Bahasa kantonis).
Genre drama bersiri ini adalah futuristik, sci-fi. Cuma satu
episode yang genre hantu. Walaupun sci-fi, namun kebanyakan ceritanya banyak
menyentuh aspek emosi manusia, seperti kesunyian, kematian, kepayahan mencari
jodoh, perjuangan mencari kegembiraan, perjuangan untuk menjadi cantik dan
sebagainya.
Drama ini turut menyentuh isu sosial seperti tekanan hidup,
masalah ekonomi negara, kebebasan & kesahihan media massa, kehidupan
sewaktu usia meningkat, penyalahgunaan media sosial, dadah, jenayah,
keselamatan cyber dan sebagainya.
Kesemuanya 13 Episode, dengan setiap Episode ada pelakon sendiri
dan juga cerita yang langsung tidak bersambungan. Maksudnya, setiap episode
boleh dilayan dengan sendiri. Sesuai untuk orang yang sangat sibuk kerana
setiap episode hanya 40+ minit. Cerita sangat senang difahami kecuali cerita
Episod ke-8 yang merunsingkan saya.
Pelakon pun kebanyakannya tidak terkenal, kecuali黄秋生Anthony Wong, pelakon yang beraksi dalam
episode ke-13. Walaupun banyak menggunakan pelakon tidak ternama, namun lakonan
semuanya agak baik.
Mungkin drama siri ini kurang popular, saya tidak terjumpa
maklumat (WIKI) yang terperinci dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Malaysia.
Maklumatnya cuma dalam tulisan Cina. Maka, saya terdorong untuk menulis sedikit
sebanyak melalui post ini.
[Spoiler Alert…]
.
.
.
.
.
.
Sinopsis untuk setiap Episod :-
1. Another Blissful Week 苟延残喘 –
Seorang kanak-kanak bunuh diri dengan terjun dari bangunan dan mati. Kematian
dipercayai disebabkan tekanan daripada ibu yang terlalu mendesak anaknya untuk
mencapai markah tinggi dalam peperiksaan. Anaknya “hidup
balik” untuk seminggu melalui teknologi AI. Anak AI itu
mempunyai rupa dan juga perangai anaknya yang meninggal. Episod yang bermakna.
2.
Body Double 爱的替身 –
Seorang pemandu Grab terkutip sebuah cermin mata AR. Melalui cermin mata itu,
dia dapat melihat wanita idamannya selalu.
3.
Good News Days后美好时代
– “Seorang” penyampai berita AI ingin
keluar dari studio siaran berita untuk mencari kebenaran di dunia luar bilik.
AI bukan saja ada intelligence, malah ada emosi dan moral.
4.
Blissful Taiping Shan 极乐太平山 – Sekumpulan orang tua yang merempat
di tepi jalan dibawa ke sebuah tempat yang sangat mewah, selesa. Tetapi ada
udang di sebalik batu.
5.
Before Our Spring 春日里的温妮莎 – Satu-satunya episode bukan sci-fi. Roh seorang laki hanya dapat
dilihat oleh seorang perempuan, dan mereka menjadi kawan. Episod ini menyentuh
hati.
6.
1.2 m of Us 1.2 米的距离 – Teknologi membolehkan rupa seseorang diubah. Tetapi pengguna
teknologi tersebut tidak boleh berdekatan dengan manusia lain.
7.
Needling Wounds 千针百孔 – Sepasang kekasih akan berkahwin
tidak lama lagi, dan wanita itu sangat tertekan. Nasib baik ada teknologi di
mana setiap suntikan memboleh orang itu melupakan perkara yang menyedihkan atau
membuat seseorang marah.
8.
Robots and the Three Laws 机械人三原则 – Saya tak faham ini episode. Robot AI
menjadi pembantu rumah, tetapi AI itu menjumpai rahsia. Saya rasa episode ini
agak baik jika tidak terlalu banyak plot twist sehingga fikiran saya serabut.
9.
BFGF – Seorang lelaki cashier 7-Eleven menggunakan teknologi futuristik untuk
mencari jodoh. AI akan tolong mencari calon dan kemudian memberi bimbingan
untuk mendapatkan jodoh. Episod ini menarik.
10. The
Trial 坚尼地公审 – Ada seorang
lelaki yang ingin sangat menjadi Hero, selalu membongkarkan kesalahan orang
dalam media sosial supaya orang itu dihukum. Di masyarakat futuristic,
sekiranya ada 100,000 orang menangani petition untuk menghukum seseorang,
mahkamah-polis akan mengambil tindakan.Episod ini kegemaran saya
11. Rose
Forever 没有悲伤的世界
– setiap orang di dunia futuristic dipaksa meminum air berwarna
merah, dan segalanya nampak baik, bahagia, sejahtera…
Namun satu hari, seorang lelaki cuba melawan arahan dan tidak minum air
berwarna merah.
12. The
Fissure 裂缝
– Episod kegemaran saya! Seorang lelaki jatuh cinta kepada
seorang perempuan di seberang apartmentnya. Namun mereka kedua-dua tidak tahu
sebenarnya mereka bukan di dimensi yang sama. Episod ini membuat kulit saya
sejuk!
13. Sonic
Jail 声音监狱
– Di dalam penjara futuristic, AI akan mengendalikan penjenayah.
AI juga berfungsi mendisiplinkan penjenayah.