Sunday, May 31, 2020

Hong Kong VIU 《理想国 Republic》


Republic 理想国
Tahun : 2019













Terbitan Viu TV (Hong Kong)

Konsep seperti Black Mirror dalam bahasa Kantonis. Cuma bezanya Republic tiada CGI canggih Hollywood. Drama ini sangat unik untuk kategori drama siri Hong Kong (Bahasa kantonis).

Genre drama bersiri ini adalah futuristik, sci-fi. Cuma satu episode yang genre hantu. Walaupun sci-fi, namun kebanyakan ceritanya banyak menyentuh aspek emosi manusia, seperti kesunyian, kematian, kepayahan mencari jodoh, perjuangan mencari kegembiraan, perjuangan untuk menjadi cantik dan sebagainya.

Drama ini turut menyentuh isu sosial seperti tekanan hidup, masalah ekonomi negara, kebebasan & kesahihan media massa, kehidupan sewaktu usia meningkat, penyalahgunaan media sosial, dadah, jenayah, keselamatan cyber dan sebagainya.

Kesemuanya 13 Episode, dengan setiap Episode ada pelakon sendiri dan juga cerita yang langsung tidak bersambungan. Maksudnya, setiap episode boleh dilayan dengan sendiri. Sesuai untuk orang yang sangat sibuk kerana setiap episode hanya 40+ minit. Cerita sangat senang difahami kecuali cerita Episod ke-8 yang merunsingkan saya.

Pelakon pun kebanyakannya tidak terkenal, kecuali黄秋生Anthony Wong, pelakon yang beraksi dalam episode ke-13. Walaupun banyak menggunakan pelakon tidak ternama, namun lakonan semuanya agak baik.


Mungkin drama siri ini kurang popular, saya tidak terjumpa maklumat (WIKI) yang terperinci dalam Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Malaysia. Maklumatnya cuma dalam tulisan Cina. Maka, saya terdorong untuk menulis sedikit sebanyak melalui post ini.

[Spoiler Alert…]
.
.
.
.
.
.
Sinopsis untuk setiap Episod :-

1.          Another Blissful Week 苟延残喘 – Seorang kanak-kanak bunuh diri dengan terjun dari bangunan dan mati. Kematian dipercayai disebabkan tekanan daripada ibu yang terlalu mendesak anaknya untuk mencapai markah tinggi dalam peperiksaan. Anaknya hidup balik untuk seminggu melalui teknologi AI. Anak AI itu mempunyai rupa dan juga perangai anaknya yang meninggal. Episod yang bermakna.

2.      Body Double 爱的替身 – Seorang pemandu Grab terkutip sebuah cermin mata AR. Melalui cermin mata itu, dia dapat melihat wanita idamannya selalu.

3.      Good News Days后美好时代 – “Seorang penyampai berita AI ingin keluar dari studio siaran berita untuk mencari kebenaran di dunia luar bilik. AI bukan saja ada intelligence, malah ada emosi dan moral.

4.      Blissful Taiping Shan 乐太平山 – Sekumpulan orang tua yang merempat di tepi jalan dibawa ke sebuah tempat yang sangat mewah, selesa. Tetapi ada udang di sebalik batu.

5.      Before Our Spring 春日里的温妮莎 – Satu-satunya episode bukan sci-fi. Roh seorang laki hanya dapat dilihat oleh seorang perempuan, dan mereka menjadi kawan. Episod ini menyentuh hati.

6.      1.2 m of Us 1.2 米的距离 – Teknologi membolehkan rupa seseorang diubah. Tetapi pengguna teknologi tersebut tidak boleh berdekatan dengan manusia lain.

7.      Needling Wounds 针百孔 – Sepasang kekasih akan berkahwin tidak lama lagi, dan wanita itu sangat tertekan. Nasib baik ada teknologi di mana setiap suntikan memboleh orang itu melupakan perkara yang menyedihkan atau membuat seseorang marah.

8.      Robots and the Three Laws 机械人三原则 – Saya tak faham ini episode. Robot AI menjadi pembantu rumah, tetapi AI itu menjumpai rahsia. Saya rasa episode ini agak baik jika tidak terlalu banyak plot twist sehingga fikiran saya serabut.

9.      BFGF – Seorang lelaki cashier 7-Eleven menggunakan teknologi futuristik untuk mencari jodoh. AI akan tolong mencari calon dan kemudian memberi bimbingan untuk mendapatkan jodoh. Episod ini menarik.

10.   The Trial 坚尼地公审 – Ada seorang lelaki yang ingin sangat menjadi Hero, selalu membongkarkan kesalahan orang dalam media sosial supaya orang itu dihukum. Di masyarakat futuristic, sekiranya ada 100,000 orang menangani petition untuk menghukum seseorang, mahkamah-polis akan mengambil tindakan.Episod ini kegemaran saya

11.   Rose Forever 没有悲伤的世界 – setiap orang di dunia futuristic dipaksa meminum air berwarna merah, dan segalanya nampak baik, bahagia, sejahtera Namun satu hari, seorang lelaki cuba melawan arahan dan tidak minum air berwarna merah.

12.   The Fissure 缝 – Episod kegemaran saya! Seorang lelaki jatuh cinta kepada seorang perempuan di seberang apartmentnya. Namun mereka kedua-dua tidak tahu sebenarnya mereka bukan di dimensi yang sama. Episod ini membuat kulit saya sejuk!

13.   Sonic Jail 声音监狱 – Di dalam penjara futuristic, AI akan mengendalikan penjenayah. AI juga berfungsi mendisiplinkan penjenayah.



No comments:

Post a Comment