Friday, November 19, 2021

Drama Cina TV2 《𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐖𝐢𝐭𝐡𝐨𝐮𝐭 𝐑𝐞𝐠𝐫𝐞𝐭 生命无悔》

 《𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐖𝐢𝐭𝐡𝐨𝐮𝐭 𝐑𝐞𝐠𝐫𝐞𝐭 生命无悔》Drama Bersiri TV2

Bahasa : Mandarin Malaysia 🇲🇾
Ditayangkan di TV2 setiap Isnin dan Selesa 4PM
Jumlah episode : tak tahu
sepatutnya boleh ditonton secara online di RTM Kliks, namun kebanyakan episode hilang 😠 . Cuma ada 3, 6, 7 dapat ditonton.
Wen Long, seorang lelaki jujur, berniaga kedai runcit 🥔🍞🍚dengan dua lagi kawan. Salah seorang kawan tidak jujur, maka mereka pernah bergaduh.
Satu hari, Wen Long tidak sengaja membunuh kawan perempuan⚰️. Bagaimana Wen Long boleh membunuh perempuan itu,( yang juga teman wanita kawan rapatnya,) saya tidak tahu, kerana banyak episode tidak dapat ditonton secara online.😠
Wen Long melarikan diri ke Perlis. Di Perlis, Wen Long bekerja sebagai seorang peniaga buah-buahan.
Wen Long menjadi kawan rapat kepada seorang pekebun🍍🌽🍌 Melayu 👨🏼‍🌾. Satu hari, adik pekebun Melayu itu balik dari KL. Wen Long terpegun dan sangat terkejut! Kerana adik pekebun Melayu itu mukanya sebiji serupa kawannya yang dibunuh di KL. Bagaimana ini terjadi?
Wen Long berkenal dengan seorang wanita bernama Hui Fen. TIdak lama kemudian, mereka bercinta dan berkahwin.
Selepas berkahwin, Wen Long tiba-tiba menjadi depressed. Wen Long mengaku kepada Hui Fen dia pernah membunuh orang, maka dia berasa bersalah dan tidak tenang.
Hui Fen mendesak Wen Long menyerah diri kepada polis. Mahkamah menghukum Wen Long ke dalam penjara untuk beberapa tahun.
Semasa dalam penjara, isterinya Hui Fen telah melahirkan seorang anak.👶
Selepas 8 tahun, Wen Long dibebaskan dari penjara dan bersatu dengan isteri dan anaknya.
Apa akan terjadi? Saksikan di TV2 Isnin dan Selasa petang 4PM.📺
Saya rasa RTM patut memastikan setiap episode dapat ditonton di RTM Kliks lah, orang susah-payah membuat filem, dan tidak dapat ditonton pula. haiyaa....😠














No comments:

Post a Comment