Sunday, September 27, 2020

《𝗔𝗹𝗶𝗰𝗲》Korea - Tahun 2020

 






《𝗔𝗹𝗶𝗰𝗲》

Alice merupakan syarikat berteknologi tinggi yang membekalkan perkhidmatan time-travelling kepada pelanggannya. Setiap kali berlaku time-travelling, ada sinaran radioaktif akan terlibat. Pelanggannya menggunakan perkhidmatan untuk balik ke zaman lampau. Tetapi ada SOP.
Pekerja yang berkhidmat di Alice juga perlu pandai berkungfu dan menggunakan senjata futuristic, kerana itu keperluan kerja mereka yang kadang-kala perlu berdepan dengan penjenayah. Penjenayah juga menggunakan teknologi time-travelling.
Ceritanya utama banyak berkisahkan perebutan sebuah buku 《Prophecy》📓dan juga penyelesaian kes pembunuhan seorang ibu.
Watak utama file ini ialah Yoon Tae-Yi dan Detektif Park Jin-Gyeom.👮🏻‍♂️
Watak Detektif Park – seorang anak kepada seorang ibu yang datang dari masa depan. Oleh kerana Park Jin Gyeom pernah terdedah kepada sinaran radioaktif, ☢️ Park ada masalah kerohanian.
Watak Yoon Tae-Yi pula sangat rumit –
1) Yoon Tae-Yi Semasa kanak-kanak. Tahun 1992👧🏻
2) Yoon Tae-Yi semasa sebagai pelajar di Universiti. Tahun 2010👩🏻‍🎓
3) Yoon Tae-Yi semasa bekerja sebagai ahli pengkajian yang selalu menulis persamaan matematik yang rumit, mengkaji fizik. Tahun 2020👩🏻‍🔬
4) Yoon Tae-Yi dari zaman depan yang balik ke zaman . Tahun futuristic. Yang kemudiannya menjadi seorang suri rumah tangga.👩🏼‍🦳
Setelah ibu Park meninggal⚰️, Park membesar di bawah jagaan Encik Ko dan isterinya. Ada seorang perempuan wartawan yang suka pada Park.
Siri ini juga ada banyak watak sampingan, Oh yang membantu kepada suami Tae-Yi (dari masa depan), pembantu kepada Park, Mr Seok seorang pakar fizik yang berstatus tinggi, seorang penjahat berambut panjang yang dipotong kaki… etc
Walaupun watak sampingan, namun setiap orang ada banyak rahsia. Di samping itu, ada alat-alat futuristic seperti kad berteknologi tinggi, drone, senjata futuristic.
Time-travelling siri ini berkonsepkan multiverse juga. Maknanya jika orang zaman sekarang dibunuh, time-traveller masih hidup.
Drama ini ada beberapa timeline, maka agak rumitlah bagi saya. Tetapi makin banyak episode ditonton, makin banyak rahsia diketahui dan menjadi semakin jelas. ini siri yang agak baik walaupun merunsingkan. Jalan cerita sentiasa menarik👍🏼
Bahasa asal : Korea🇰🇷
Genre : multiverse, time travelling, jenayah
Tahun 2020




No comments:

Post a Comment