Sunday, September 27, 2020

Slot akasia 2020《𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶𝗻 𝗦𝗮𝘁𝘂 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺》

 《𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶𝗻 𝗦𝗮𝘁𝘂 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺》

Zahred berasal daripada keluarga kaya-raya.💰 Namun, kehidupan mereka kucar-kacir家无宁日 kerana ibunya selalu marah kepada ayahnya yang banyak girlfrien到处沾花惹草👩‍❤️‍👨. Ibu Zahred begitu marah sehingga menyerang, dan mengacukan pistol untuk mengugut girlfriend muda bapanya. Satu hari, Zahred memperkenalkan girlfriendnya Balqis kepada bapanya. Zahred cintakan Balqis dan bercadang untuk berkahwin, tetapi bapa Balqis ada masalah kewangan. Zahred pergi ke Jepun tetapi tidak dapat menghubungi Balqis. Apabila pulang ke Malaysia, Zahred mendapati Balqis telah berkahwin dengan bapanya横刀夺爱! Balqis berkahwin kerana bapa Zahred membantu hutang bapa Balqis. Zahred betul-betul sakit hati💔, 万念俱灰kepiluan melampau ini telah mengubah sikap Zahred menjadi seorang yang negative, emosi terganggu 心里不平衡🤯 dan beranggapan semua perempuan pengikis duit. Zahred memulakan dendam terhadap kaun wanita yang cantik. Zahred juga marah kepada bapanya, enggan bercakap dengan bapanya dan memberi amaran supaya bapanya tidak pergi ke syarikatnya untuk mengganggu pekerja wanita di syarikat Zahred.
Zu seorang jurutera wanita yang berkemampuan。 Zu bekerja untuk syarikat Zahred. Oleh kerana Zahred ada dendam terhadap wanita jelita, Zahred selalu memberi banyak kerja kepada Zu, dan selalu mencari kesalahan dengan Zu. CEO Rasul berasa Zahred macam 鸡蛋里挑骨头sengaja menyusahkan Zu.
Zu berasal daripada keluarga miskin. Bapanya ditipu duit dalam skim pyramid金钱游戏; ibunya mengalami penyakit buah pinggan dan memerlukan lebih RM100k untuk pembedahan. Ada seorang pak cik ingin berkahwin dengan Zu, dan sanggup melangsaikan isu kewangan keluarga Zu.
Bapa Zahred sangat senang berbual dengan Zu情投意合, ini membuat Zahred syak wasangka dan beranggapan Zu itu pengikis seperti perempuan lain.
Rasul , CEO kepada syarikat Zahred, sangat suka❤️ kepada Zu. Rasul bukan sahaja berasa Zu seorang yang pandai kerja, dan jelita, malah Rasul suka sikap Zu yang murni (seperti jaga keluarga, rajin, bersopan, sabar, lemah-lembut dan sebagainya). Rasul selalu berbaik-baik dengan Zu, kadang-kala kelentong Zu itu girlfriendnya. Ibu Rasul mencadangkan Rasul untuk meluahkan perasaan, namun Rasul belum memberanikan diri lagi. Rasul sanggup lagi hantar keluarga Zu ke hospital untuk rawatan. Ibu Zu pernah minta Zu supaya jangan memberi harapan palsu kepada Rasul tentang hubungan mereka.
Zu燃眉之急 terdesak kerana kesempitan wang, minta pinjaman daripada Zahred sewaktu Zahred dan Zu pergi ke Thailand untuk urusan kerja.🇹🇭 Zahred rela menolong Zu dari segi kewangan, dengan syarat Zu tidur satu malam dengannya. Zu ingin menghalalkan hubungan, maka berkahwin terus di Thailand. Perkahwinan mereka sulit, tiada orang tahupun.
Setelah balik dari Thailand, Zu hidup menderita, selalu berkurung dalam bilik, menangis😭 dan memberitahu ibunya dia tidak mahu berkahwin seumur hidup (sebenarnya sudah berkahwin dengan Zahred). Zu minta Zahred bercerai. Dengan adanya duit, Zu menderma buah pinggan kepada ibunya.
Akhirnya, Zahred mengetahui Zu itu perempuan yang baik, dan segala perbuatan Zu adalah pengorbanan untuk keluarga, bukan tujuan mengikis laki. Zahred menyesal后悔莫及, dan ingin membetulkan kesalahnya. Zahred ingin mengambil hati supaya Zu menerimanya, tetapi kebencian Zu terhadap Zahred sudah mendalam kerana hatinya dilukai.
Sementara itu, ibu Zahred ada kawan yang anak perempuannya bernama Hana. Hana ada boyfriend miskin, tetapi takut ibunya tidak menerima. Maka, Hana suruh boyfriend berpura-pura dekat dengan ibunya, dan ambil hatinya. Boyfriend Hana itu lawak, dia telah susun kasut di masjid, membaiki kereta ibu Hana yang rosak di tepi jalan dan sekarang menjadi fitness personal trainer peribadi kepada ibunya (tetapi sebenarnya langsung tidak pandai)
Akankan Zu menerima Zahred satu hari nanti?
Apa akan terjadi kepada Rasul jika mengetahui perkahwinan sulit antara kawan baiknya Zahred dan perempuan idamannya Zu?
Akankah ibu Han menerima boyfriend menantu?
Akankah hubungan Zahred dan bapanya berbaik?
Saksikan di TV3📺 setiap hari untuk mengetahui ceritanya.
Ada keluarga datuk/tan sri kaya-raya✅ Bapa Zahred Datuk
Ada orang cemburu, marah dan gaduh tak berhenti-henti ❌
Ibu bapa x suka menantu❌ Bapa mertua merampas teman wanita daripada Zahred pula
Watak laki pakai kereta besar atau import✅ Rasul pakai Audi biru; Zahred guna BMW hitam; ibu Hana guna Mercedes kelabu
Cerita rampas suami orang ❌
watak wanita berasal dari kampung❌ Watak wanita tinggal flat. Golongan miskin bandar
Watak wanita ada bff yg bergelaran "beb"❌ Zu tiada bff
Banyak perempuan suka leading actor ❌ Tapi banyak perempuan suka bapa kepada Leading actor. Selain daripada itu, banyak orang suka kepada leading actress : Zahred, Rasul, Pak Cik Ramli
Tiada subtitle : Setelah menonton Akasia beberapa tahun, kali ini pertama saya menonton drama Melayu tanpa bantuan subtitle. Di beberapa episode permualaan, saya ada sedikit masalah, tetapi lama-kelamaan saya sudah biasa dan faham, kecuali waktu Zahred bercakap dengan sendiri. Cuma kadang-kala rumah bising dan pendenganran terganggu.
Orang tak suka pelakon : Saya pun kurang faham kenapa saya punya rakan sekerja banyak tidak menonton drama ini, kononnya dengan alasan “tidak suka barisan pelakon”. Sesungguhnya sebagai orang Cina, saya pun jarang terdedah kepada berita atau gossip tentang pelakon-pelakon Melayu…
Ada juga saya terbaca Facebook orang menyatakan “lakonan kayu” dan sebagainya. Namun, saya rasa pelakon semuanya OK. Saya dapat merasa dendam, kemarahan dan sekarang perasaan bersalah yang ditimpa Zahred; saya pun dapat merasa penderitaan, keresahan yang diselubungi Zu. Lakonan mereka baik, saya banyak kali tersentuh, berasa menyayat hati semasa menonton.




No comments:

Post a Comment