Wednesday, July 21, 2021

Drama Melayu Singapura 《𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗲𝗿𝗮𝗺》

 《𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗲𝗿𝗮𝗺》

Drama series ditayangkan di TVS (TV Sarawak, ya… Sarawak ada Saluran TV yang boleh ditonton di MyFreeView atau ASTRO).
Semalam, saya menonton berita Sarawak 8pm. Saya tidak tutup TV, maka secara tidak sengaja terlayan drama ini. Kebetulan episode pertama, maka saya menonton sekejap. Saya terus tertarik menonton sampaiiiii habis episode pertama. Saya menonton sampai habis, baru sedar drama ini drama Singapura.🇸🇬
Bahasa : Bahasa Malaysia
Terbitan : Singapura🇸🇬. Saya tak tersangka Singapura ada drama Melayu. Selama ini saya cuma pernah menonton Drama Cina Singapura, semasa saya budak kecil semasa 90-an.
Tahun terbitan 2017
Cerita : Pada tahun 1996, Shahira yang berumur 19 tahun terlanggar kereta dan koma selama 20 tahun🛌🏻. Tiba-tiba pada tahun 2016, Shahira bangun pada usia 39 tahun, tetapi dunia sudah berubah沧海桑田.
Shahira masih menggunakan Walkman, dan tidak pandai menggunakan smart phone📱. Shahira juga menjadi terkenal kerana berita dia koma 20 tahun. Shahira pun tak pandai barang seperti Instagram dan Youtube.
Shahira pergi mencari kawan lama, tetapi mereka sudah berumahtangga atau ada kerjaya.事业有成
Sebelum koma, Shahira ada boyfriend yang enggan berkahwin dengannya.
Ibu berpendapat Shahira ada masalah dengan cara hidup zaman moden 格格不入。Maka ibu SHahira menyeru Shahira berubah.
Ibu Shahira memaksa Shahira pergi mencari jodoh, kerana umur Shahira sudah 39 tahun. Shahira pergi dating dengan seorang lelaki gemuk yang bernama Kamal. Shahira tidak suka, kerana Kamal gemuk dan tidak kacak.
Tiba-tiba, Shahira berasa mahu sambung belajar. Maka Shahira pergi ke kolej. Di kolej dalam kuliah pertama, pensyarah yang muncul di depan ialah… Kamal?
Apa yang akan berlaku seterusnya, saksikan di TVS. Saya rasa ditayangkan pada Rabu dan Khamis 830PM. Sila kaji jadual rancangan TVS di https://tvstv.my/schedule/
Maklumat : cari google dan cari Youtube, langsung tiada maklumat tentang cerita ini. Cuma di IMDB ada sedikit sahaja maklumat https://www.imdb.com/title/tt7355936/plotsummary...
Pelakon utama : Suhaillah Salam https://www.imdb.com/name/nm9262617/
Cerita : Muhammad Mahfuz https://www.imdb.com/name/nm7465374/






No comments:

Post a Comment