Wednesday, July 21, 2021

Slot Akasia TV3 2021 《𝗛𝗮𝘁𝗶𝗺𝘂 𝗦𝗲𝗱𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗹𝗷𝘂》

 《𝗛𝗮𝘁𝗶𝗺𝘂 𝗦𝗲𝗱𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗹𝗷𝘂》

Cerita ini melibatkan dua adik-beradik, abang Arman dan adik Nabil yang suka seorang wanita iaitu Rania.
*Jangan baca jika rasa terlalu panjang 🤣🤣
《𝗣𝗮𝗱𝗮 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘂𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶》
Arman suka 😍seorang junior bernama Rania. Rania sama tahun dengan Nabil.
Rania, Syena dan Ella adalah BFF.
Arman pernah curi-curi simpan coklat ke dalam beg Rania. Pada masa yang sama, kawan baik Arman yang bernama Haikal pun suka pada Rania.
Arman mengajak Rania pergi melancong ke Langkawi menerusi Kelab Kembara.
Haikal lebih berbakat pikat perempuan, maka berjaya pikat Rania. Haikal menghadiahkan rantai 📿yang ada huruf “R” kepada Rania. Haikal pula tipu coklat itu ialah hadiah daripada Haikal借花献佛, bukan dibeli oleh Arman不择手段横刀夺爱. Arman marah, kemudian putus asa.
Nabil pula ada teman wanita bernama Ella. Namun, Nabil yang dikatakan seorang playboy, telah putus hubungan dengan Ella. Ella berhenti sekolah selepas putus cinta, dan Syena sangat benci Nabil semenjak hari itu.
Rania sahaja tahu rahsia kenapa Ella berhenti sekolah. Dan rahsia itu, Nabil pun tahu. Saya pun tak tahu apa rahsia itu. Syena tak tahu rahsia itu, maka dia benci Nabil.
《𝗭𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴- 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗸𝗲 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘄𝗶》
Pada hari perkahwinan Haikal dengan Rania, Haikal ponteng. Rania sangat sedih, menangis. Ada sekali Rania menangis di tepi sebuah kereta BMW berwarna biru, kebetulan itu kereta Arman! Apabila Arman datang, Rania terkejut dan berlari tanpa menoleh ke belakang., tetapi rantai yang berhuruf “R” tercicir无缘见面不相逢. Rantai dikutip Arman. Itu tanda-tanda jodoh! 天意 Arman tahu itu rantai Rania, kerana Haikal pernah tunjuk kepadanya semasa di Uni.
Keadaan bertambah rumit apabila Rania hutang butik perkahwinan banyak duit.
Arman pula hari-hari bekerja sahaja dan tidak pandai pikat perempuan, ibu Arman risau Arman akan sebatang kera sampai mati. 孤独终老Ibu Arman suka Rania (saya lupa bagaimana ibu Arman tahu Rania, Facebook mungkin?) dan ingin menjodohkan Arman kepada Rania.
Ibu Arman tidak risau Nabil, kerana berasa Nabil ada bakat pikat perempuan.
Ibu Arman sangat
hebat
. Ibu Arman penuh strategi, mula-mula ibu Arman mendekati ibu Rania. Selepas itu, ibu Arman berjaya memujuk ibu Rania untuk bersetuju menyatukan Arman dengan Rania.
Pada masa itu, Rania yang kepiluan pergi ke Langkawi untuk bercuti, dengan Syena untuk menghilangkan tekanan. Apabila ibu Arman mengetahui pelancongan Rania, ibu Arman ada rancangan
hebat
!
Ibu Rania pula menggunakan hadiah Sports Car sebagai umpan kepada Nabil, dan suruh Nabil membawa Arman ke Langkawi dan memberi tugasan menyatukan Arman dengan Rania. Mula-mula Arman enggan pergi ke Langkawi, tetapi Nabil berjaya dengan mengalahkan Arman dalam game FIFA dan memaksa Arman pergi ke Langkawi.
《𝗭𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴- 𝗗𝗶 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘄𝗶》
Rania+Syena terserampak dengan Arman+Nabil di Langkawi. Arman ingat itu jodoh有缘千里来相会, tetapi itu sebenarnya rancangan ibunya.
Mereka mulai bermain dan berseronok bersama-sama. 情投意合。Satu malam, Rania pergi ke tebing sungai dan mahu membuang cincin Haikal ke dalam laut. Arman salah faham, ingat Rania mahu bunuh diri, Arman pergi tarik Rania. Rania tampar Arman. Tetapi selepas itu, hubungan Arman-Rania semakin karib. Cuma keadaan kadang-kala suasana renggang kerana Syena selalu maki Nabil.
Arman masih cinta kepada Rania. Rania masih mencuba melupakan Haikal. Namun, Rania yang pergi ke Langkawi dengan hati pilu balik dengan penuh senyuman.
Akhirnya, Arman+Nabil yang memandu kereta menghantar Rania balik ke KL, kerana ketinggalan flight?
Ibu selalu menelefon Nabil untuk mengetahui perkembangan hubungan Arman-Rania.
Semasa di Langkawi, Nabil sudah jatuh cinta kepada Rania juga.
《𝗭𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴- 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘄𝗶》
Nabil mencari Rania melalui telefon, tapi Rania tidak layan. Sehingga satu malam Nabil pergi menzairahi Rania!
Nabil juga cuba ajak Syena keluar, harap Syena bawa Rania keluar.
Nabil juga membantah kepada ibu dan bapa tentang rancangan menyatukan Arman-Rania.
Rania berhenti kerja kerana selalu berasa malu.
Arman tolong Rania mendapatkan kerja (tetapi sebenarnya Arman boss, Rania tak tahu)
Arman juga melangsaikan hutang Rania kepada butik.
Arman melamar Rania. Rania fikir banyak hari, akhirnya Rania bersetuju berkahwin dengan Arman.
Melissa, sepupu Rania, suka pada Arman. Melissa pernah suka seorang laki semasa belajar, tapi laki itu suka Rania. Sejak itu, Rania dibenci Melissa
Nabil mula-mula selalu murung. Ibu bapa Nabil tidak tahu Nabil pun cinta Rania.
Nabil pernah menyuruh Arman memberi Rania kepadanya. Tetapi Arman tidak mahu, kerana dalam game FIFA Nabil kalah.
Apa akan berlaku seterusnya? Saksikan di TV3 Isnin ke Jumaat.
𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗱𝗶:
Nabil akan berpakat dengan Melissa untuk memisahkan Arman-Rania
Nabil akan menjadi orang jahat. Saya risau Nabil akan cuba membunuh Arman.
𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺
Ibu Arman lahir 28 Mac 1969, dan Arman lahir 20 Oktober 1985.
Jadi, Arman dilahirkan ketika ibunya berumur 16?
Maksudnya ibu Arman berkahwin pada usia 15?
Tarikh lahir diperoleh dari Wikipedia
: 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗿𝗮𝗺𝗮 𝗶𝗻𝗶
saya suka lakonan semua watak utama. Kerunsingan Rania, kerisauan/kegembiraan ibu Rania+ibu Arman, kehampaan Nabil dan keinginan/kemaluan Arman- saya dapat rasai.
Selain itu, saya juga suka dialog dan jalan cerita. Banyak flashback yang menjelaskan cerita. Cuma muzik terlalu kuat, tak dapat dengar pertuturan.
Setakat ini, saya tertarik dengan cerita.👍
𝗖𝗵𝗲𝗰𝗸𝗹𝗶𝘀𝘁 :
Ada keluarga datuk/tan sri kaya-raya ✅ Bapa Arman kaya. Ibu Arman bernama Datin Mimi
Ada orang cemburu, marah dan gaduh tak berhenti-henti ❌
Ibu bapa x suka menantu❌ Ibu Rania dan Ibu Arman suka menantu masing-masing
Watak laki pakai kereta besar atau import✅ Arman ada BMW biru
Cerita rampas suami❌
watak wanita berasal dari kampung❌
Watak wanita ada bff yg bergelaran "beb" ❌.
Banyak perempuan suka watak lelaki utama , atau sebaliknya✅Arman dan Nabil suka Rania.
Ada lelaki dan perempuan berkomplot untuk memisahkan pasangan watak utama❌
Muzik terlalu kuat sehingga saya tidak dapat mendengar pertuturan✅
Iklan istimewa ❌
orang yang tidak akan dapat cinta 我没那种命,神啊救救我吧✅ Melissa dan mungkin Syena
Sorry terlalu panjang. Kerana rumusan 12 episode..








No comments:

Post a Comment