Saturday, February 15, 2020

《🏮新年泰疯狂 A Moment of Happiness 🏮》

🏮新年泰疯狂 A Moment of Happiness 🏮
Plot (mungkin spoiler alert) : Zhen-Zhen 👩🏻(Malaysia🇲🇾) ialah seorang Youtuber yang berasal daripada keluarga miskin, sudah 4 generasi hidup kemiskinan. Zhen-Zhen tinggal dengan bapa tunggalnya.
Satu hari, Zhen-Zhen pergi ke Thailand 🇨🇷untuk membuat photo-shooting📸.
Di Thailand🇨🇷, Zhen Zhen menemui jodohnya, seorang lelaki tampan bernama NAT yang berasal dari Thailand🇨🇷. Rupa-rupanya, lelaki itu berasal dari keluarga kaya. Mereka kemudian jatuh cinta💕.
Namun, status keluarga terlalu berbeza. Zhen-Zhen mesti mendapat restu daripada ibu Nat (hmmm….. seperti plot Crazy Rich Asian ataupun drama Melayu 7pm TV3) supaya dapat meneruskan cinta 💕mereka. Untuk kelihatan setaraf dengan keluarga Nat, Zhen-Zhen mesti mencari akal supaya nampak setaraf dengan keluarga Nat. Apa yang akan Zhen-Zhen dan kawan-kawannya lakukan? Saksikan di pawagam berdekatan.
Kenapa saya tertarik menonton filem ini. Saya tidak ingat terdedah kepada iklan filem ini, kerana setiap saya buka Youtube cuma iklan “Bad Boys For Life” :
1. Filem bertemakan CNY🏮
2. Pelakon utamanya Lim Min Chen林明禎. Min-Chen mendapat perhatian saya setelah saya baca berita beliau tersenarai dalam “TC Candler 2019” di tangga ke-89
3. Ada Happy Polla🇨🇷
4. Sokong karya tempatan🇲🇾
Filem ini genre komedi, romance, dan genre tersendiri… genre CNY-Malaysia.🇲🇾. Jalan cerita smooth, tiada bahagian yang tiada berkaitan. 👍🏼Banyak babak yang melucukan 🤣dari mula sehingga akhir, jokes original dan kreatif. 🤣 Persembahan pelakon pun OK. Cuma mungkin orang yang tidak faham Bahasa Chinese kadang-kala tidak dapat tangkap jenaka. Banyak tampilan internet celebrity untuk tujuan cameo (walaupun saya tidak kenal semuanya). Cerita sangat senang difahami. 👍🏼 Selain watak utama, watak sampingan seperti bapa Zhen-Zhen, jurugambar Zhen-Zhen, tukang masak. 👨🏻‍🍳dan sebagainya juga membuat ceritanya lebih menarik dan menghiburkan. 👍🏼
Watak favourite aku – Tukang masak 👨🏻‍🍳yang menghadapi banyak cabaran.🤣
Antara babak-babak yang saya suka.👍🏼 :
1. Waktu Zhen-Zhen dan geng sampai di hotel di Thailand, security guard itu ada juga peranan lain.🤣
2. Bapanya dengan bangganya memakai pakaian yang termahalnya untuk dinner,🍽️tetapi pakainya mendatangkan banyak masalah.🤣
3. Waktu potong timun👨🏻‍🍳🤣🥒
4. Waktu panggil Foodpanda. 👨🏻‍🍳🤣
Boleh tahan juga barisan Cameo :
吴耀汉 Richard Ng Yiu Hon – Pelakon veteran Hong Kong aktif dari 1976. Watak : Tuan rumah mewah🇭🇰
Jordan Yeoh (杨运晖) – Lelaki muscle. Fitness celebrity Malaysia.🇲🇾 1.96 juta (Jan-2020) Subscriber Youtube!!🏋🏻‍♂️
沈威胜 – Atlit Negara mewakili Malaysia. 🇲🇾dalam acara sukan renang.🏊🏼‍♂️Wellson Sim pernah beraksi dalam Sukan Olimpik 🏊🏼‍♂️2016 Rio Brazil dalam kategori renang bebas 200m (tangga ke-26), 400m (tangga ke-34) dan 1500m(tangga ke-39)
林尚进 – Lim Shang Jin🇲🇾 646k(Jan-2020) subscriber dalam Youtuber. Saya lupa apa watak dalam filem.
Bryan Wee – 492k(Jan-2020) subscribers Youtuber macam 🇲🇾 pondan. Saya lupa apa watak dalam filem
碰弟 Gaston + 碰姐 庞捷忆 – Pong Pong Cover muzik Youtuber dari Malaysia.🇲🇾. 414k subscribers (Jan-2020). Watak ialah orang berpura-pura menjadi pekerja di rumah mewah
江昭上 – Instagram Kiang_JS – watak ialah Security Guard + Counter + pelbagai peranan di hotel di Thailand.
捷豹林 – Jaguar Lim – Watak ialah gangster yang rambut “punk”

No comments:

Post a Comment