Saturday, November 28, 2020

《Leap 夺冠 🏐》Filem China 2020

 《Leap 夺冠

🏐
Genre :sukan (bola tampar), biografi tentang lagenda bola tampar China🇨🇳 - Lang Ping.
Saya tak kenal pun tokoh sukan ini.
Bahasa : Mandarin
Keluaran : China
Sepatutnya file mini masih ditayangkan di pawagam, tetapi tiba-tiba tutup semua pawagam seluruh Negara kerana wabak🦠. Filem ini mungkin susah mendapat perhatian orang ramai di Malaysia, kerana bola tampar bukanlah sukan popular (seperti bola sepak, tennis, badminton). Hari itu di pawagam, petang Ahad cuma saya seorang sendiri yang menonton di GSC.
saya pun tak kenal satu pun bintang bola tampar sama ada dari dalam atau luar negeri, sama ada dari dulu atau sekarang.
《Leap 夺冠》terdiri daripada dua bahagian, zaman penghujung 1970-an dan zaman moden sekarang. Kebetulan saya terbaca ulasan tentang filem ini dalam akhbar hari minggu lepas, dan mendapat beberapa fakta yang menarik daripada ulasan tersebut.
🏐Terdapat 4 perlawanan dalam filem ini :
Menentang pasukan lelaki Jiangsu dalam latihan;
🏐1981 – melawan Jepun🇯🇵 dalam Kejohanan Dunia
🏐2008- sukan Olimpik Beijing melawan USA🇺🇸
🏐2016 – Sukan Olimpik Rio melawan tuan rumah Brazil🇧🇷
🏐Kelemahan filem ini mungkin perkembangan wataknya agak terhad, cuma ada Character Development untuk jurulatih zaman 1970-an yang terlampau tegas; Lang Ping dan pembantu jurulatih lelaki (yang akhirnya menjadi ketua jurulatih China). Tiada sesiapa dapat mengingati watak-watak pemain lain, termasuklah saya.
Tetapi filem ini juga banyak kehebatannya : banyak pelakon dalam filem ini adalah pemain professional dari China dan Brazil yang benar-benar beraksi dalam sukan Olimpik !
Lang Ping muda dalam filem ini pula sebenarnya anak kandung kepada Lang Ping sendiri.
Artikel ini turut memuji lakonan jurulatih tegas (Wu Gang ) dan pembantu lelaki muda (Peng Yuchang, pernah memenangi Golden Horse Awards🏆)
Artikel ini berkata, watak benar pembantu jurulatih lelaki 😠itu tidak gembira dengan beberapa babak dalam filem ini, kerana menjejaskan imej dia. Justeru, penerbit filem telah menyingkirkan beberapa babak yang tidak disukai oleh pembantu jurulatih.✂️
Artikel ini memberi ulasan keseluruhan tentang ini sebagai “stabil, tidak teruk, tidak menonjol. Mungkin disebabkan sekatan theme (atau genre).”
Pada pendapat saya, saya suka filem ini. Filem genre sukan memang jarang, lagipun disebabkan bersifat biografi dan berdasarkan sejarah sukan, penerbit filem ini tidak dapat tokok tambah atau mengubah cerita sebarangan seperti filem genre lain.
Banyak babak menyentuh hati saya.
Cinematography pun baik, terutamanya separuh first-half yang dapat mencipta semula gambaran pada zaman 1970-an.
Aksi sukan pun baik.
Dialog dan lakonan saya pun suka. Tiada CGI yang berlebih-lebihan.
Selain itu, filem ini banyak menggambarkan perbezaan budaya zaman dahulu dan zaman sekarang :
Zaman dahulu – rakyat China mengutamakan kejayaan sukan dan bersifat patriotik; sekarang itu sudah berbeza. Mungkin pengaruh barat, China sekarang mungkin orang suka English Football dan NBA basketball.
Zaman dahulu – pemain hanya melatih secara ekstrem; sekarang lebih kepada santifik dan pengurusan sukan.
Zaman dahulu – tahun baru Cina pun kena berlatih; sekarang orang fikirkan work-life balance, kesihatan kerohanian, cari boyfriend
Zaman dahulu – berlatih bersungguh-sungguh sahaja tanpa banyak fikiran untuk hidup; sekarang pemain banyak fikiran : ada yang fikirkan university, fikirkan minat, fikirkan apa tujuan bermain, fikirkan bermain untuk siapa dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment