Tuesday, September 14, 2021

Slot Akasia 2021 《Shah Alam 40000》

 《𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗮𝗺 𝟰𝟬𝟬𝟬𝟬》

Drama ini sangat berbeza dengan drama 7pm TV3 yang pernah saya tonton, kerana drama ini tidak bertemakan gandingan mertua-jahat + menantu bodoh, rampas suami/isteri dan sebagainya.
Sebaliknya, watak utama drama ini merangkumi 3 wanita🧕🏼👩🏻👩🏻 BFF sebagai watak utama, seperti drama 《三十而已》https://mydramalist.com/37221-nothing-but-thirty ! Ketiga-tiga watak ini ada masalah kewangan ataupun kerjaya. Hampir semua watak dalam drama ini ada rahsia, mungkin kecuali Kush sahaja. BFF itu bernama Datin Rose, Datin Azalina dan Syafinaz.
🧕🏼Azalina : Masalah kewangan : Azalina ada sebuah restoren🍽️. Tetapi restorennya menghadapi saingan sengit daripada restoren Kush. Rahsia : ada buka gym🏋🏻‍♀️ tanpa pengetahuan suaminya. Azalina ada dua anak – Akiff dan Arisa.
👩Rose : Rose ialah suri rumahtangga yang sedih kerana tak fasih bahasa Inggeris. Masalah kewangan dan rahsia : ingin membuktikan diri sendiri, maka membuat perniagaan dengan seorang artis. Malangnya, Datin Rose mengalami kerugian teruk, sehingga hutang RM360k kepada along. Along selalu mencari, mengganggu Rose. Rose terpaksa menggunaka kereta buruk untuk mengelakkan along. Rose terpaksa mencuri jam tangan Rolex suamianya untuk dijual untuk menjelaskan hutang. Suami Rose terpaksa memasang CCTV di rumah sendiri. Rose merupakan suami kedua. Rose ada seorang anak – Fatah.
👩Syafinaz : Seorang hos rancangan dan pelakon. Masalah kerjaya : pernah diberhentikan kerja sementara beberapa kali kerana menjadi viral atas tuduhan atas salah laku online, seperti merampas suami orang. Rahsia : ada boyfriend pilot👨🏼‍✈️. Seorang cook rancangan TV bernama Kush 👨🏼‍🍳sangat cinta Syafinaz. Kush bekas teman lelaki Syafinaz, dan berusaha gigih untuk mendapatkan cinta Syafinaz死缠烂打 .
Keluarga Azalina pun banyak rahsia dan adanya ada masalah kewangan :
👨Suami Azalina : ada hubungan sulit dengan perempuan yang menipu duit Rose. Sekarang perempuan itu memeras ugut duit.
👦Anak laki Azalina, Akiff : dalam senyap mencari Syafinaz, kerana ingin menjadi pelakon, tidak berminat belajar lagi.
👧Anak perempuan Azalina, Arisa : ada perniagaan menjual kosmetik online dengan anak Rose. Pernah meminjam duit dengan Along untuk memperkembangkan perniagaannya. Juga pernah menggunakan gambar Syafinaz untuk memasarkan product tanpa izin Syafinaz.
👨Suami Rose : ada isteri sulit di Indonesia dan anak perempuan. Anaknya datang ke Malaysia untuk belajar. Anaknya berkawan dengan Akiff. Suami Rose dan Suami Azalina berpakat untuk menjaga rahsia mereka.
👦Anak Rose, Fatah : Pernah merahsiakan perniagaan kosmetik daripada ibunya. Apabila Rose tahu, Rose sangat membantah, tetapi akhirnya mengizinkan . Fatah selalu bergaduh dengan Arisa 面红耳赤atas cara pengendalian syarikat kosmetik online mereka. Namun selepas gaduh, mereka selalu berbaik semula和好如初. Fatah pernah mengejutkan ibunya apabila meminta RM40000 untuk memperkembangkan perniagaannya. Akhirnya Fatah, Arisa, Kush dan Syafinaz berganding untuk perniagaan.
👩Personal Assistant Syafinaz – Puteri : Rahsia - di dalam diam Puteri suka Kush. Pernah post sesuatu online📲 atas permintaan Kush tanpa izin SYafinaz yang menyebabkan Syafinaz bergaduh dengan BFF.
🍴Boyfriend SYafinaz pilot : Rahsia – sudah berkahwin. Tetapi pilot itu telah bercerai dengan isterinya demi cinta Syafinaz. Pilot pernah dipukul, dia menuduh Kush yang pukulnya. Pilot 哭哭啼啼 meminta cinta SYafinaz.
𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗱𝗶 :
Syafinaz akan terima cinta pilot akhirnya
Azalina akan bercerai dengan suaminya kerana suaminya ada teman wanita sulit
Kush suka Puteri
Akiff berjaya menjadi pelakon tetapi tidak dapat bercinta dengan anak sulit suami Rose.
Perniagaan Fatah-Arisa muflis kerana kurang pengalaman tetapi terlalu agresif dan beremosi.
Rose menerima anak sulit suamianya (dari Indonesia)
𝗖𝗵𝗲𝗰𝗸𝗹𝗶𝘀𝘁 :
Ada keluarga datuk/tan sri kaya-raya✅ Suami Rose dan Suami Azalina
Ada orang cemburu, marah dan gaduh tak berhenti-henti ❌
Ibu bapa x suka menantu ❌ tak nampak mana-mana menantu pun
Watak laki pakai kereta besar atau import ✅Kereta Porsche hitam yang sebelum ini digunakan oleh Affan dalam 《Sabarlah Duhai Hati》, plet nombor VDY805, kini digunakan oleh Datuk Anwar , suami Datin Rose dalam drama 《shah Alam 40000》
Cerita rampas suami ❌
watak wanita berasal dari kampung ❌
Watak wanita ada bff yg bergelaran "beb" ❌ .Cuma sekali Syafinaz panggil Rose “beb”. Kebanyakan mereka panggil “girlsssss” sambil jari bergetar.
Banyak perempuan suka watak lelaki utama , atau sebaliknya ❌
Ada lelaki dan perempuan berkomplot untuk memisahkan pasangan watak utama
Muzik terlalu kuat sehingga saya tidak dapat mendengar pertuturan ❌
Iklan istimewa ❌
orang yang tidak akan dapat cinta 我没那种命,神啊救救我吧 ✅ Puteri ada kesukaran mendapat cinta Kush.
Sorry terlalu panjang kerana 14 episode.









No comments:

Post a Comment