Saturday, May 7, 2022

Drama China 《天下𝐓𝐢𝐚𝐧 𝐗𝐢𝐚》(2006)

 《天下𝐓𝐢𝐚𝐧 𝐗𝐢𝐚》

Tahun : 𝟐𝟎𝟎𝟔

Terbitan : 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚🇨🇳
Nama Inggeris : macam tiada. Cari internet pun tersangat sedikit maklumat tentang drama bersiri ini. Saya rasa drama ini sangat tidak popular.
Genre : 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 (𝐝𝐲𝐧𝐚𝐬𝐭𝐢 𝐌𝐢𝐧𝐠)
Jumlah episode : 𝟒𝟎++ 𝐞𝐩𝐢𝐬𝐨𝐝𝐞.
Cerita : Drama ini berkisarkan kerajaan Dinasti Ming di bawah pemerintahan 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐙𝐡𝐮 𝐘𝐨𝐮 𝐗𝐢𝐚𝐨朱由校 (𝟏𝟔𝟎𝟓-𝟏𝟔𝟐𝟕 𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡𝐢).
Maharaja Zhu You Xiao seorang Maharaja yang tidak berminat tentang memerintah negara. Maharaja ini tidak cekap, cuma berminat dalam membuat kraftangan atau perabot daripada kayu,🔨 selain daripada berfoya-foya dengan gundik.
Akibatnya, 𝐤𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 东厂 𝐄𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐧 𝐃𝐞𝐩𝐨𝐭(https://en.wikipedia.org/wiki/Eastern_Depot) yang diterajui oleh 𝐬𝐢𝐝𝐚-𝐬𝐢𝐝𝐚 𝐖𝐞𝐢 𝐙𝐡𝐨𝐧𝐠 𝐗𝐢𝐚𝐧魏忠贤 berkomplot dalam senyap untuk mengguling Maharaja. Sebelah lagi pihak cuma menghalang.
Maka, ada dua pihak utama bertarung dengan sengit untuk membolot kuasa di takhta.
1️⃣Kumpulan A – Orang jahat : Sida-sida Wei Zhong Xian, Babysitter kepada Maharaja Kebaba, adik kepada Kebaba客巴巴, iaitu Ke Guangxian (seorang tentera) dan lain-lain.
2️⃣Kumpulan B – Orang baik. Peguam yang bijaksana Qian Jiayi, Xin Wang信王 (adik kepada Maharaja), 3 orang uncle kepada Maharaja王爷, pendekar wanita Murong Qiu慕容秋 yang pandai terbang ke sana sini, tentera Luo Baihu dan lain-lain.
Kedua-dua kumpulan perlu bercatur dengan teliti, kerana satu kesilapan akan membawa maut!
Saya rasa drama ini best. Lakonan macam kayu dan CGI macam teruk, kerana teknologi perfileman di China pada 2006 masih mundur. Namun, jalan cerita sangat menarik. Sangat banyak plot twist, terutamanya di penghujung drama. Character development pun
hebat
. Banyak perkembangan cerita yang tidak disangka, kerana 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐦𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢, 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐩𝐢𝐞𝐬.

No comments:

Post a Comment