Saturday, May 7, 2022

Drama China 《𝐓𝐡𝐞 𝐈𝐦𝐩𝐞𝐫𝐢𝐚𝐥 𝐀𝐠𝐞 山河月明》(2022)


《𝐓𝐡𝐞 𝐈𝐦𝐩𝐞𝐫𝐢𝐚𝐥 𝐀𝐠𝐞 山河月明》

Dari China. 🇨🇳

Release : Tahun 2022
Jumlah Episode 45
Setiap episode kurang daripada 50 minit.
Genre : Sejarah China
Drama bersiri ini berkisarkan riwayat dan perjuangan Putera Ke-4 Yan Wang - Zhu Di 燕王朱棣 - maharaja ketiga dalam Dinasti Ming 明朝 (1368-1644), sama zaman dengan Kesultanan Melaka.
Ada dua bahagian dalam drama ini, iaitu zaman Zhu Di masih remaja👦🏻 dan waktu Zhu Di menjadi orang dewasa.👨🏻
Maharaja pertama Dinasti Ming ialah Zhu Yuan Zhang 朱元璋yang telah berjaya mengguling kerajaan Mongolia di China. Namun, masih ada pasukan ketenteraan Mongolia yang mengawal bahagian utara China. Putera ke-4 Yan Wang Zhu Di telah menyertai aktiviti tentera dengan General Wei Guogong Xu Da 魏国公徐达 untuk melawan tentera Mongolia.🐴
Disebabkan Yan Wang Zhu Di telah berjinak-jinak dalam kegiatan 🛡️⚔️tentera dari usia yang muda, Yan Wang Zhu Di telah menimba banyak ilmu dan pengalaman dalam ketenteraan.
Untuk tujuan tertentu, Zhu Di telah dipaksa berkahwin dengan anak perempuan General Wei Guogong Xu Da. Mula-mula, Yan Wang Zhu Di membantah perkahwinan ini, namun akhirnya sangat bercinta juga.❤️
Mengikut tradisi, Maharaja Zhu Yuan Zhang sepatutnya memberi takhtanya👑 kepada anak sulungnya, iaitu Zhu BIao 太子朱标. Zhu Biao seorang putera yang paling layak antara dua puluh lebih adik-beradik lelakinya. Zhu Biao sangat bijak, berpengalaman, berkaliber dan ada hubungan rapat dengan menteri-menteri dalam kerajaannya. Malangnya, Zhu Biao meninggal dunia pada usia 38 tahun akibat penyakit .🤒 ⚰️
Maharaja Zhu Yuan Zhang dalam dilemma. Maharaja Zhu Yuan Zhang tidak tahu mahu memberi takhtanya kepada anak-anaknya yang lain ataupun kepada cucu anak sulungnya. Selepas bergelut, akhirnya Maharaja Zhu membuat keputusan untuk memberi takhtanya kepada cucunya Zhu Yun Wen 朱允炆. Selepas Zhu Yuan Zhang mangkat, cucunya Zhu Yun Wen menjadi Maharaja kedua dalam Dinasti Ming.
Malangnya, Maharaja kedua Zhu Yun Wen seorang manusia yang kejam dan zalim! Untuk mendapat kuasa mutlak di kerajaan pusat, Zhu Yun Wen bertindak dengan membunuh uncle-uncle dia.
Maka, Uncle Ke-4 iaitu Yan Wang Zhu Di memberontak dan melawan Kerajaan nephewnya (Maharaja ke-2). Dengan berbekalkan kebijaksanaan dan ilmu ketenteraannya yang mendalam, Yan Wang Zhu Di akhirnya berjaya menggulingkan kerajaan pusat dengan sumber yang terhad. Dengan kemenangan itu, Zhu Di menjadi Maharaja Dinasti Ming ke-3
Drama bersiri ini tamat apabila Yan Wang Zhu Di mangkat.
Drama ini banyak berdasarkan fakta sejarah- tiada plot twist, tiada kuasa ajaib, tiada plot cinta, tiada kung fu dan sebagainya. Saya ada check google, General Xu Da tidak boleh makan angsa 🦢BBQ itu pun tercatat dalam sejarah!
Cinematography baik. Banyak kuda digunakan.
Review Rating : Douban 5.4/10 👎🏼(daripada >14k undi). Macam banyak saja komen-komen negatif👎🏼, tapi bagi saya drama ini best juga.

No comments:

Post a Comment