《 𝐃𝐄𝐑𝐀𝐈 》 𝐭𝐞𝐥𝐞𝐦𝐨𝐯𝐢𝐞 𝐓𝐕𝟑 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦
𝑮𝒆𝒏𝒓𝒆 : 𝑨𝒄𝒕𝒊𝒐𝒏, 𝒗𝒊𝒈𝒊𝒍𝒂𝒏𝒕𝒆
Semalam, saya kagum dengan telemovie ini yang penuh dengan aksi fight-scene yang hebat. Ceritanya tidak rumit, tetapi menjelaskan punca segala kejadian melalui flashback.
[ 𝗦𝗽𝗼𝗶𝗹𝗲𝗿 𝗔𝗹𝗲𝗿𝘁 ]
Khalid dan Nurul, sepasang suami isteri yang hidup bahagia dengan seorang anak.
Bahar, kawan kepada Khalid, pernah mencintai Nurul, malah pernah menyuruh Nurul jangan berkahwin dengan Khalid. Satu hari, Bahar dan dua lagi kawan - scar-face dan lelaki bertopi, mengajak Khalid untuk membuat business "IT".
Nurul ada instinct, berasa Bahar ada niat jahat, pernah suruh Khalid jangan pergi. Tetapi Khalid 防人之心 tidak berwaspada, suruh Nurul jangan buruk sangka orang, dan pergi ke KL sendiri.
Khalid terpedaya, pergi ke KL. Rupa-rupanya, geng Bahar itu berura-ura mahu ajak Khalid menjual dadah. Khalid enggan, dan dibunuh.
Selepas lost contact dengan suami, Nurul sangat risau. Nurul pergi ke KL dengan anaknya. Malangnya, anak mereka dibunuh oleh scar-face, dan Nurul sendiri diperkosa oleh lelaki bertopi yang bermuka bengis.
Scar-face macam bukan sengaja mahu membunuh anak Nurul. Anak Nurul pada masa itu berlari dengan sangat laju untuk melepaskan diri. Scar-face yang sedang menghambat anak Nurul tidak dapat keep up the pace, maka Scar-face tikam sebuah kapak ke arah anak Nurul. Kapak membenam ke dalam tubuh anak Nurul, dan membunuh anak Nurul serta-merta. Scar-face matanya membelingas semasa memberitahu orang anak Nurul mati akibat tindakannya.
Nurul dibunuh dan ditanam ke dalam bumi. Namun, ada seorang apek menggali dan keluarkan Nurul. Nurul berbatuk, bernafas dan hidup semula.
Apek itu rambut panjang putih, dan bermisai berjanggut. Mungkin dia pengemis? Saya tak pasti. Tapi dia ada kungfu. Style dia macam Kung Fu Begger Master Soh, ataupun seperti watak Mr Miyagi dalam karate kid dengan rambut panjang, ataupun seperti watak Shifu dalam Kungfu Panda.
Orang Tua itu memberi nasi kepada Nurul. Masa itu, hidup Nurul enggan makan sesuap pun. Nurul hari-harinya terlonta-lonta dan penuh air mata mengenangkan kematian keluarganya.
Orang Tua mendorong Nurul untuk bangkit semula menghadapi kehidupan. Nurul bangkit, dia belajar seni mempertahankan diri (kononnya seni membunuh orang) dari Orang Tua itu sehingga menjadi seorang pahlawan yang tangkas.
No comments:
Post a Comment